First & Last Confession
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ini blog pertama dan tulisan pertama yang aku karang, aku tak lah pandai berkata-kata atau hebat dalam penulisan. Tapi aku cuba hehehe.
Kisah ni berlaku lebih kurang masa aku berumur 12 tahun, aku suka dengan seorang budak lelaki dan dia budak baru dekat kawasan rumah aku. Kawan aku, izzati dan zehan pun suka dengan budak lelaki tu, jadi satu hari kami tulis surat mengatakan isi hati (lupa dah apa isi surat tu), nak dijadikan cerita nama pengirim kami decide untuk cantumkan nama kami bertiga, Azura, Zehan, Izzati (singkatan nya Azi), tapi yang banyak menulis surat tu adalah Zehan. Surat pun dihantar oleh adik kepada kawan.
Esoknya, surat tu dibalas dengan ejekan oleh budak-budak lelaki yang berkawan dengan lelaki yang kami suka tu. tapi dalam surat tu diorang cakap aku "tak malu", "hitam", "buruk" dan macam-macam hinaan dan diorang hanya ejek dan hina aku sahaja sebab diorang ingat aku sorang je yang suka budak tu, berserta gambar yang tak senonoh (lukisan gambar perempuan dengan ada titisan keluar dari bawah seperti terkencing).
Disebabkan ini lah aku jadi sangat malu dan trauma untuk berkawan dan mengedik2 dengan lelaki, apatah lagi nak meluahkan perasaan. Rasa malu ni berlarutan sehingga sekarang aku pun sudah 32 tahun ini dan masih bujang.
Comments
Post a Comment